Skip to main content

About

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hi,

Selamat datang ke blog ZeeAzimah.blogspot.com. 

Terima kasih kerana anda sudi untuk mengenali tentang ZeeAzimah. Ini adalah blog personal saya, Noor Azimah Md Nor. Lebih mesra dengan panggilan Kak Azie. Berasal dari Kedah. Dilahirkan pada tahun 1978 (kira sendirilah berapa umur saya sekarang yer..) :) . Saya seorang ibu kepada seorang anak dan isteri kepada seorang suami.. (heh mestilah seorang jer suami kan).

Saya mempunyai minat yang mendalam dalam dunia masakan. Suka sangat explore jenis-jenis masakan. Hobi saya pun suka makan. Hahahaa.. takdelah. Siapa yang tak suka makan kan? Tapi paling gembira bila kita dapat happykan orang tersayang dengan hidangan-hidangan lazat yang dibuat oleh air tangan kita sendiri.

Selain tu saya juga minat dengan kerja-kerja kreatif seperti kraftangan dan jahitan manik. Ada juga mendapat tempahan jahitan manik untuk baju-baju kurung. Tapi asalnya semua tu saya lakukan sekadar hobi hinggalah mendapat tempahan dari rakan-rakan terdekat dan saudara mara.

Untuk kerja kraftangan pula saya sekarang ni tengah syok membuat anyaman bakul kertas. Boleh lihat hasil-hasil kraftangan saya di sini.

Sebenarnya saya masih bertugas sebagai seorang guru. Blogging ni adalah part time sahaja kerana minat saya untuk berkongsi tentang masakan dan kerja kraftangan saya. 

Idea untuk menghasilkan blog ni saya dapat bila ramai rakan-rakan yang minta saya kongsikan resepi masakan saya. Penat jugak nak menyalin bagi pada setiap orang, jadi saya dapat idea untuk hasilkan blog. Nasib baiklah adik saya, Cahaya Diana pun kaki blogging, jadi boleh belajar dari dia. 

Selain berkongsi hobi dan minat di blog, kita boleh juga jana pendapatan di blog ni. Harap-harap adalah rezeki saya di sini yer. 


Semoga blog ini memberi manfaat kepada kita semua. In Shaa Allah saya akan cuba yang terbaik untuk kongsikan sekadar yang mampu.

Comments

Popular posts from this blog

Al Fatihah buat Prof Madya Md Izzuddin Hj Ali @ Prof Izzi

Assalamualaikum & salam sejahtera : Terkejut kak Zee bila dapat tahu Prof Izzi ( Prof Madya Md Izzuddin Hj Ali ), pakar Motivasi terkenal di Malaysia telahpun pergi menemui Pencipta kita pada hari Jumaat 24 Jun 2016 ( jam 12.45 tengahari ). Perginya juga ialah pada tanggal 20 Ramadhan. Ya Allah..

Watak Kartun pada Kuih Pau

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Lama kak Zee tak update blog ni. Rindu pulak rasanya nak update tentang resepi-resepi terbaru kak Zee.. Tapi tak sempat lagi nak rekod. Tadi tengah search cari idea nak buat kuih pau di Youtube terjumpa pulak kuih pau yang hipster ni. Macam-macam idea boleh dibuat dengan kuih pau ni yer. Boleh la kak Zee cuba buat pau hipster macam ni. Sangat sesuai untuk majlis ulang tahun kelahiran anak-anak. Video ni dari indonesia dibuat oleh Diana Cahya ? terkejut kak Zee tadi ingatkan adik kak Zee Cahaya Diana yang buat. Kalau dia buat memang tekejut beruk la... hahaha.. Ok2 hanya orang tertentu jer faham. Apa-apa pun jom kita layan sama2 video ni. Watak Kartun pada kuih Pau yang sangat menarik..

Jahitan dan Sulaman Manik #1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Jahitan dan Sulaman Manik #1 : Di bawah ini adalah contoh jahitan dan sulaman manik #1. Hanya jahit sulaman manik pada pergelangan tangan sahaja.  Kebiasaannya jahitan dan sulaman manik bukan hanya dijahit pada baju baru sahaja, tapi baju lama pun boleh jika nak nampak baru boleh tambah jahitan manik. Hehehehe.. Macam yang kak Zee buat ni lah.. Amacam? Ok tak?